Tokubetsu Jonin Senarai_Jonin_Konoha

Ebisu

Fail:Ebisu1.jpg

Merupakan pakar dalam melatih ninja elit secara peribadi seperti yang dinyatakan oleh Hatake Kakashi. Dia ialah guru Konohamaru dan tidak berapa menyenangi sikap Konohamaru yang menyanjungi Uzumaki Naruto kerana Ebisu melihat Naruto sebagai 'bekas' yang menyimpan semangat Kyubi. Naruto pula menggelar Ebisu sebagai 'si gatal' kerana pernah ditewaskan oleh 'Hāremu no Jutsu, ハーレムの術' (Teknik Haram) dan 'Oiroke no Jutsu, おいろけの術' (Teknik Seksi).

Kemudian nanti, setelah direkomenkan oleh Kakashi sebagai seorang guru yang berpengalaman, Ebisu memulakan latihan selama sebulan dengan Naruto sebagai persediaan menghadapi Ujian Chunin. Pada masa inilah Ebisu menyedari bahawa Naruto bukanlah setakat 'bekas' yang diisi dengan semangat Kyubi tetapi seorang ninja Konoha yang berkaliber. Tetapi, Ebisu tidak dapat menamatkan latihannya dengan Naruto kerana Jiraiya menyeru seekor katak yang besar yang menghempap Ebisu.

Dalam Bahagian Kedua, Ebisu bertanggungjawab memimpin pasukan Genin yang terdiri daripada Konohamaru, Udon dan Moegi.

Gekko Hayate

Merupakan pemeriksa dan pengadil bagi bahagian ketiga Ujian Chunin. Dari segi luaran, Hayate kelihatan tidak berapa sihat kerana menghidap penyakit batuk yang agak kronik dan mempunyai karung hitam di bawah matanya. Baki pernah mengatakan bahawa Hayate adalah seorang ninja yang berbakat sebelum membunuhnya.

Hayate menyedari kebenaran di sebalik rancangan rahsia Otogakure (Kampung Bunyi) dan Sunagakure (Kampung Pasir) setelah mencuri dengar perbualan antara Baki dengan Yakushi Kabuto.

Teman wanita Hayate, Uzuki Yugao telah bersumpah untuk membalas dendam atas kematian Hayate. Tetapi, perkara ini sukar untuk dilaksanakan kerana Baki kini merupakan sekutu Konoha.


Inuzuka Tsume

Fail:Tsume.jpg

Merupakan ibu kepada Inuzuka Kiba dan Inuzuka Hana. Tsume agak lasak orangnya tetapi amat menyayangi keluarganya. Semasa Konoha diserang musuh, Tsume mempertahankan kampungnya bersama-sama dengan anjingnya Kuromaru.

Mitarashi Anko

Fail:Anko1.jpg

Merupakan pengadil bagi bahagian kedua Ujian Chunin. Dia memaklumkan calon-calon ujian tentang hal tersebut setelah muncul dengan bisingnya di hadapan Morino Ibiki.

Semasa ujian berlangsung, Anko bersemuka dengan Orochimaru dan dibongkarkan bahawa Orochimaru pernah menjadi gurunya. Anko, bersama-sama dengan sembilan kanak-kanak yang lain, telah ditandakan dengan 'Tanda Sumpahan Syurga'. Hanya Anko yang berjaya meneruskan hidup. Orochimaru tidak mahu mengambil Anko sebagai orang bawahannya kerana mempercayai Anko tidak berhati kejam dan tidak mampu menggunakan kuasa tanda sumpahan. Di dalam Rimba Maut, Orochimaru membangunkan tanda sumpahan Anko dan menyebabkan Anko tidak dapat meneruskan pertarungan. Anko juga mengetahui beberapa jurus rahsia yang dipelajari daripada Orochimaru seperti 'Sōjasōsai no Jutsu, 双蛇相殺の術' (Kematian Hakiki Ular Berkembar). Dia boleh menyeru ular seperti Orochimaru.


Morino Ibiki

Fail:Ibiki.jpg

Merupakan pengadil dan pemeriksa bagi bahagian pertama Ujian Chunin. Ibiki sering merujuk Uzumaki Naruto sebagai 'budak yang menarik'. Hal ini mungkin kerana Naruto tidak mudah gentar apabila menghadapi apa-apa dugaan. Naruto juga merupakan satu-satunya calon yang berjaya lulus bahagian pertama dengan sehelai kertas jawapan kosong.

Sebagai ketua bagi Pasukan Penyeksaan dan Soal Siasat ANBU Konoha, Ibiki merupakan orang yang paling sesuai mereka ujian bahagian pertama tersebut. Malah, dia digelar sadis oleh beberapa orang. Ibiki berkebolehan menyeksa seseorang tanpa perlu menggunakan kekerasan. Dia mendalami psikologi manusia dan mampu mengawal minda dan fikiran seseorang.

Kepala Ibiki dipenuhi dengan dengan kesan-kesan kebakaran, bekas-bekas lubang menandakan kepalanya pernah ditebuk dan parut-parut lain. Hal ini membuktikan Ibiki sendiri pernah melalui siri penyeksaan yang kejam dan menggambarkan keupayaannya untuk menghadapi seksaan azab tanpa membocorkan rahsia Konoha kepada pihak musuh.


Namiashi Raido

Fail:Raido1.jpg

Mempunyai parut yang besar di pipi kanannya. Dia berkhidmat sebagai pembantu Hokage Ketiga semasa Ujian Chunin berlangsung. Dia kemudiannya diletakkan dalam pasukan yang sama dengan Shizune, Shiranui Genma dan Tatami Iwashi. Dia dan Genma berhadapan dengan Bunyi Empat yang mengiringi Uchiha Sasuke kepada Orochimaru. Bunyi Empat terpaksa mengaktifkan tanda sumpahan mereka untuk mengalahkan Raido dan Genma. Raido cedera parah dalam perlawanan tersebut tetapi sempat diselamatkan oleh Shizune.

Raido kemudiannya membantu Niju Shotai yang dipimpin oleh Sarutobi Asuma untuk menewaskan Hidan dan Kakuzu. Selepas Yamashiro Aoba menggunakan sejenis jurus untuk menghasilkan sekawan burung gagak, Raido menyembunyikan dirinya dengan kain hitam antara burung tersebut untuk menyerang hendap pihak lawan. Walaupun taktik ini gagal, Shikamaru berjaya mempelajari sesuatu fakta yang mustahak berkenaan Kakuzu.

Shiranui Genma

Fail:Genma1.jpg

Genma mengambil alih tempat Gekko Hayate sebagai pengadil pertarungan utama dalam Ujian Chunin selepas Hayate dibunuh.

Apabila rancangan Orochimaru untuk menyerang Konoha bermula, Genma bertarung dengan Baki. Kemudian, dia ditempatkan dalam sebuah pasukan yang diketuai oleh Shizune bersama-sama dengan Namiashi Raido dan Tatami Iwashi. Dia dan Raido berhadapan dengan Bunyi Empat yang mengiringi Uchiha Sasuke kepada Orochimaru. Mereka berdua dijumpai oleh Shizune. Raido cedera parah manakala Genma berada di gerbang maut. Tetapi, Shizune berjaya menyelamatkan mereka dan membawa mereka balik ke hospital Konoha.

Yamashiro Aoba

Selepas kepulangan Uchiha Itachi ke Konoha, Aoba meluru masuk ke dalam bilik Hatake Kakashi dan mengumumkan perkara tersebut tanpa melihat orang di dalam bilik itu. Malangnya, Uchiha Sasuke turut berada di sana dan berlari keluar dengan marahnya. Jonin lain di dalam bilik hanya mampu merenungnya dengan diam. Kurenai memanggilnya bodoh dalam diam-diam.

Dalam manga bab 327, Aoba membantu Niju Shotai di bawah pimpinan Sarutobi Asuma menentang Hidan dan Kakuzu. Dia memperlihatkan jurus yang menghasilkan sekawan burung gagak untuk mengaburkan penglihatan pihak lawan. Burung-burung tersebut akan lesap apabila diserang dan digunakan untuk menyembunyikan gerak-geri Namiashi Raido bagi serangan seterusnya.